3 Januari
Diari,
“Bangun! Sekolah kan sudah buka semula hari ini!”, jerit ibu pada pagi hari itu.
Hari ini ialah hari pertama aku akan melangkah ke sekolah baruku. Memang aku rasa ghairah untuk melihat sekolah baru itu, tetapi rasa gelisah tidak boleh ku hilangkan dari perutku. Sekolah ini bukan sekolah sembarang sahaja. Sekolah baruku ialah sebuah maktab rendah! Pada mulanya, aku tidak percaya bahawa aku layak pergi ke sekolah yang sedarjah itu. Sekarang, aku pun tidak begitu percaya. Seperti menghidupkan mimpi, rasanya.
Walaupun hidungku berasa selsema sedikit, aku tetap langkah keluar rumahku kerana keghairahan. Sambil aku melangkah keluar, sinaran matahari tersilau atas mataku. Semuanya kelihatan cerah, seperti bagaimana aku sangka masa hadapanku akan menjadi.
Sudahlah, aku terlalu ghairah untuk menulis lagi. Masa untuk aku melangkah masuk ke sekolah.
***
8 Januari
Diari,
Sesi suai kenal sepanjang minggu ini memang meletihkan. Selsema aku daripada kelmarin telah menjadi semakin teruk. Tadi, ibu telah menyuruhku untuk menjumpa doktor untuk rawatan. Dia telah memberiku beberapa pil untuk menyembuhkan selsema itu. Sebenarnya, aku tidak begitu percaya pada pil itu, kerana doktor itu tadi tidak melihat begitu meyakinkan.
Kehidupan di maktab rendah tidak secerah seperti ku bayangkan dahulu, kerana ramai kawanku tiada di sana. Sebenarnya, hanya aku dan seorang kawanku yang lain telah layak didaftarkan ke maktab rendah itu. Kawan itu pun aku tidak begitu kenal. Cukup kata, aku berasa seperti berkeseorangan di sana.
Sudahlah, pandanganku sedang menjadi pudar sedikit. Mesti pil selsema yang ku telan tadi. Mungkin, bila aku rasa lebih sihat nanti, aku akan tulis lagi.
***
15 Januari
Diari,
Malasnya... Minggu ini ialah minggu pertama aku harus pergi ke ceramah di sekolah untuk semua mata pelajaranku. Ceramah pada minggu pertama ini memang boyak. Hanya ceramah pemulaan, tidak begitu penting aku fikirkan. Takpa lah, jika aku ponteng pun tidak mengapa.
Petang tadi, aku telah sengaja makan makanan yang sedikit mentah, supaya aku dapat pergi ke doktor kerana ceret beret. Undang-undang di maktab rendah memang lebih tegas sedikit, tidak boleh dilepaskan kerana panggilan ibu bapa sahaja. Cikgu akan minta surat daripada doktor jika hendak ponteng sekolah. Kerana itulah aku terpaksa pergi ke doktor.
Mula-mulanya, memang hanya untuk ponteng sekolah sahaja, tetapi sekarang, ceret beret ini rasa semakin teruk. Kelihatanku kabur dengan tangisan yang menitis ke atas pipiku sambil aku menahan sakit di dalam bilik air. Aku rasa seperti pil arang tadi hanya telah memudaratkan kesakitanku ini.
***
19 Januari
Aku sudah tidak boleh tahan dengan kehidupan begini. Terpaksa aku memangdang kesunyian di sekolah kerana belum mencari kawan baru. Terpaksa aku memandang keliruan yang pasti aku akan merasa semasa dalam ceramah, kerana pelajaran yang belum dapat aku faham. Terpaksa aku memandang tekanan oleh harapan guru dan keluargaku untuk mencapai tahap yang tertinggi dalam pelajaran.
Pening sungguh rasa kepalaku. Ibu pernah memberitahuku, jika rasa pening, makanlah pil panadol. Itulah yang aku sedang cuba sekarang ini, tetapi rasa pening ini semakin lama semakin teruk. Selepas satu sama lain aku telah telan pil itu, tetapi perubahan yang aku rasa hanyalah kebusungan perutku.
Aku telan satu lagi pil panadol. Entah berapa banyak pil telah aku telan. Sekarang, kelihatanku semakin sempit, sedikit demi sedikit, kegelapan menguasai aku. Memang betul aku fikirkan dulu, masa hadapan aku tidak begitu cerah seperti aku sangkakan.
***
Pemukaan
Dum. Dum. Dum. Gendangan berdering di telinga, sesuatu bunyi yang tidak lenyap atau berpelahan. Dari degupan jantung ke detikan jam, rentak yang sentiasa dialami dalam kehidupan sentiasa mengambil nada yang lebih rancak dan pantas, tanpa perhentian atau rehat. Begitulah rentak hidup pelajar yang menatap di maktab rendah Singapura, sesuatu kedudukan yang penuh tekanan dan dugaan.
Gendanglah bersama dalam rentak hidup.
Komen