Permulaan masaku di maktab rendah bermula dengan indah sekali. Aku selalu mengenang kembali pada waktu itu, dimana semuanya masih kelihatan cerah dalam hidupku. Ini semuanya disebabkan oleh seorang gadis yang langkah masuk ke dalam duniaku pada waktu itu.
Semasa minggu kenal suai, aku pernah menoleng pandang ke arah taman di sekolahku. Angin sepoi-sepoi bahasa tiba-tiba mengebas mukaku secara lemah gemalai, melelapkan mataku sebentar. Apabila aku membukanya semula, seorang gadis telah masuk ke pandanganku, seakan-akan dibawa angin.
Tidak lama selepas kejadian itu, aku telah dapat berkenalan dengan gadis ayu itu. Jangka masa kenal suai itu membuat kami senang untuk berjumpa, kerana masa lapang yang banyak dapat kami habiskan bersama. Kami sering berasmara di tempat kami pertama berjumpa, di bawah sebuah pokok besar di taman sekolah. Di situ, kami akan duduk bersama sambil menunggu bunyi angin yang lembut untuk meniup bunga di sekeliling kami.
Masihkah kau ingat,
Pada waktu itu,
Sekuntum bunga mekar,
Ku selit ke rambut mu.
Selepas jangka masa kenal suai itu habis, kami terpaksa berjumpa dengan berkurangan. Kami berdua mempunyai tanggungjawab kepada aktiviti ko-kurikuler kami sendiri, tetapi tidak sanggup meninggalkan kedua-duanya.
Begitulah keadaan kami semasa itu; mengejarkan apa masa yang ada untuk bertemu, jikalau tidak sibuk berlatih dengan sukan kami sendiri. Kadangkala, aku didapati sedang duduk termenung, memikirkan jika gadis itu masih ingatkan padaku juga, seperti bagaimana aku selalu ingat tentangnya.
Masihkah kau ingat,
Ia menjadi mimpi,
Dan menjadi rindu,
Masihkah kau ingat.
Walaupun keadaan kami tidak begitu tentu, aku selalu meyakinkan diri sendiri dengan mengimbas kembali kepada masa bila kami sentiasa bermesra. Pada masa itu, kami berdua masih baru menatap di maktab rendah. Kami berdua sama-sama tidak terlalu yakin tentang apa-apa pun; mata pelajaran yang kami akan ambil, kawan baru yang kami akan menemui, kelidupan yang berlainan, ataupun masa depan kami. Apa yang penting ialah kemesraan antara kami berdua.
Selepas sekolah, kami akan bertemu di taman sekolah. Apa yang terjadi selepas itu tidak pernah dicadangkan dahulu, dibiarkan untuk dondangan perasaan kami memilih. Tidak kira apa kami lakukan – mendengar langkah orang lalu di tepi padang, mendengar air berkocak di kolam renang ataupun mendengar melodi muzik dimainkan – kami menghargai masa yang dihabiskan itu.
Masihkah kau ingat,
Kita berlari-lari,
Dikaki langit,
Mencari pelangi.
Kami selalu mengaku bahawa jika ada dugaan yang menimpa antara satu daripada kami, kami akan tetap berpegang teguh kepada hubungan ini. Biarkan kami berdua merasa dugaan itu bersama, kerana dengan sokongan satu sama lain, tiada dugaan yang akan dapat menghampakan semangat kami.
Lalu hujan turun,
Kita basah bersama,
Masihkah kau ingat,
Masihkah kau ingat.
Janji itu senang dikata, tetapi tidak senang ditemu. Lama-kelamaan, kami menjadi lebih kurang rapat. Tanggungjawab kami kepada sukan kami dan pelajaran telah memakan semua masa yang kami ada. Jika ada pun masa, selalunya digunakan untuk berehat, supaya dapat menyambung apa sahaja kerja yang perlu dihabiskan.
Susah memang untuk kami menghidupkan perhubungan yang kami ada dahulu. Kemesraan antara kami berdua berada dalam jarak capaian kami, tetapi terlalu banyak perkara menghalangkan kami daripada mencapainya. Kemesraan yang tidak dipegang ketat semestinya layu, maka layulah kemesraan yang kami pernah ada pada suatu masa dahulu.
Masihkah kau ingat,
Sekuntum bunga itu,
Di tapak tangan ini,
Ia menjadi layu.
Telah tiba masanya untuk kami berdua mengaku bahawa kami tidak mampu bersatu hati lagi. Sudah terlalu lama semenjak hati kami mencium kemesraan lama, yang telah diretak kuat oleh genggaman hidup persekolahan. Apa yang aku dapat harapkan ialah supaya gadis itu akan selalu ingat bahawa kami pernah seketika menghidupkan rasa mesra yang serancak bunyi tiupan angin semasa ribut bergelora.
Lalu ku genggam,
Ia menjadi debu,
Masihkah kau ingat,
Masihkah kau ingat.
Pemukaan
Dum. Dum. Dum. Gendangan berdering di telinga, sesuatu bunyi yang tidak lenyap atau berpelahan. Dari degupan jantung ke detikan jam, rentak yang sentiasa dialami dalam kehidupan sentiasa mengambil nada yang lebih rancak dan pantas, tanpa perhentian atau rehat. Begitulah rentak hidup pelajar yang menatap di maktab rendah Singapura, sesuatu kedudukan yang penuh tekanan dan dugaan.
Gendanglah bersama dalam rentak hidup.
Komen